Tuesday, April 12, 2016

Info IKS yang Anda Kena Tahu

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Industri Kecil dan Sederhana ialah perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.  Di Malaysia 

terdapat pelbagai peluang pegusaha untuk memulakan perniagaan berasaskan IKS dan akan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. 

Lesen dan Permit

Untuk memulakan perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.

Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan, sila rujuk bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit. 

Pembiayaan dan Geran

Kerajaan menawarkan bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.  Geran Bersamaan Untuk Permulaan Perniagaan (Matching Grant) bertujuan menyediakan pembiayaan untuk membantu memulakan  perniagaan. Sektor yang layak adalah
sektor Perkilangan dan perkhidmatan. Kriteria kelayakan adalah Syarikat perkilangan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta perniagaan dalam sektor perkhidmatan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta. Bentuk Bantuan pula adalah 50% daripada kos projek dibiayai kerajaan dan bakinya oleh pemohon. Kos projek termasuk juga sewa incubator dan premis perniagaan sehingga 24 bulan. Jumlah maksima geran M40,000.00. Rujukan : www.smidec.gov.my 

Pinjaman Mudah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 
Bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan kepada IKS dalam memodenkan automasi dan operasi pembuatan Kadar 4%setahun, Tempoh maksimum 3 hingga 15 tahun, Jumlah maksimum RM 5 juta. Rujukan : www.smidec.gov.my

Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana
Bertujuan untuk memberi kemudahan membeli peralatan atau mesin perniagaan  pengubahsuaian premis perniagaan  modal pusingan. Kadar 4% setahun, Tempoh 7 tahun, Jumlah maksima RM250,000.00, Rujukan : www.mppb.com.my 

Program Latihan dan Pembangunan

Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. Antara badan-badan yang berkaitan adalah seperti di bawah;

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) :
Badan ini merupakan agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) :
MARA adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Terdapat pelbagai program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) :
MECD merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera. Ia juga menawarkan program latihan dan pembangunan usahawan.

Terdapat banyak peluang perniagaan dalam pelbagai sektor yang boleh diteroka dalam IKS. Antaranya e-NiagaLaman ini menyediakan kemudahan kepada para pengusaha IKS yang ingin mencari premis perniagaan, sama ada untuk disewa atau dibeli, secara dalam talian.

Sumber : pmr.penerangan.gov.my/

Islam menggalakan kitta untuk berniaga sebagai punca rezeki. Ada satu hadis dicatatkan oleh Imam al Ghazali (w. 505H) oleh Abu Talib al Makki (w. 386H). Hadisnya berbunyi :
"Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan". Walaupun ada yang meletakkan hadis ini dhaif dan juga hasan, tetapi ia sangat berguna untuk memotivasikan diri kita di dalam perniagaan. 

Wallahualam,
bNews Crew





No comments:

Post a Comment